Kulit xbermaya atau mungkin kelihatan kusam?jgn risau lagi kerana disini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk anda...
Tips mencerahkan kulit
Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya sendiri!
Caranya :
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.
Tips menaikkan seri wajah
Petua Cara 1 :
Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut
Petua Cara 2 :
Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.
Tips melicinkan kulit muka
Tomato dan epal boleh digunakan untuk untuk melicinkan kulit muka.Caranya parut tomato atau epal yang cukup masak,kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut.Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
SELAMAT MENCUBA!

jue · 786 weeks ago
mira'e · 786 weeks ago
My recent post A weekend with Makati Hope students batch 2010
ayien · 786 weeks ago
mira`e:welkkemm ;) nanti sy ltak info len plak erk ;)